Tuesday, November 30, 2010

andai lelaki tahu..

Andainya lelaki tahu..



































Dalam hati
seorang perempuan
Ada naluri
untuk disayangi
Ada rasa ingin
diberi perhatian
Ada rasa untuk
didengari keluh kesahnya
Ada waktu-waktu minta ditemani
kesedihannya

Andainya lelaki tahu..
Rajuk seorang
perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan perlu
didekati
Sedih seorang perempuan
harus didengari
Gembira seorang
perempuan ingin dikongsi

Andainya lelaki tahu..
Di sebalik
seribu satu rasa itu
Ada sekeping
hati nan lembut
Bukan untuk
ditatang bagai minyak yang
penuh
Bukan jua untuk
disakiti
Hanya sedikit
perhatian
Agar rasa kasih itu terasa
wujud
Walau saat jauh
Kerana
andainya lelaki tahu
Hati itu akan
senantiasa bertanya
Pada diri
seorang perempuan
Wujudkah
cinta itu di hati lelaki
Bila saat jauh
tanpa perkhabaran
Sebagaimana
mekarnya cinta ituTetap di hati
seorang perempuan
Biarpun
berkali ombak menghempas
Tak sekali pantai hati itu berubah..


andai lelaki tahu..
hati perempuan mudah terusik
jiwanya mudah mencuri perhatian
mengambil sesuatu itu
sebagai satu perkara yang besar
walau ia hannya la sekelumit cuma..


andai lelaki tahu..
jiwa ini
tak ingin disakiti
jiwa ini
tak ingin dijual beli
jiwa ini
tak sanggup didustai..





































andai lelaki tahu...

No comments:

Post a Comment