Tuesday, November 30, 2010

cintannya seorang kekasih

WARGHHHH...! !!! SEDEHNYEE CITER NIEE.. 

BACA LA SENDIRI, TAK SANGGUP NAK FOWARD KAT KENGKAWAN. . TPP TERPAKSA GAKK.. SEKADAR NAK BG INGATAN KAT KENGKAWAN JEE.. INGAT LA MASIH RAMAI YG SAYANG.. HEHEHEHEHEHE

WARGHHHHH 


WARGHHHH....



Ina oh Ina


"abg...tlg dtg umah segera, urgent". 
Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab..  Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut  hidupkan enjin kereta. 

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu  itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya  berjiran  dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main  masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi  bapak  kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa

bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak  jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main  permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut,  penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. 

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah.  Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx'  dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada  meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang. 

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the  gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga... Waktu darjah 4, bila dia  mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat  kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula  Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan  tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku  sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya  dia  terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak  tahu,  kalau tidak naya. 

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali  dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau  kala  itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. 

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura  sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura  kerja  shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab. 

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak.. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki

perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah  barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia  berdoa  sungguh-sungguh. 

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu  baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka  masih  bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak  tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya  akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak  mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu. 

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti  di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar  rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas  tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu  bilik Ina.. Dia dengar esakan Ina. Inamenangis. Hakim makin cemas. Dia  ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh  bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia  masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina  kusut  masai, Ina tekup muka sambil menangis. 

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam  sendu. "hu...hu..." 

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi" 

"Hu..hu" 

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar  dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan  keluar dari mulut Ina. 

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what the hell is going on...tell me!!" Suara  Hakim kuat kali ini. 

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim. 

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."



$&^%#%t*&&**()()_)(&*

No comments:

Post a Comment